Alhamdulillah..Permata Hati Ummi & Ayah

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Khamis, 19 Januari 2012

Masih Mem "Buyong"

Assalamualaikum....

alhamdulillah masih sehat dan masih datang keje seperti biase huhuuu...xtau la bila baby ni nak kuar...best sangat kot perut ummi dia ni..

so kali ni nak share pasal
TANDA-TANDA HAMPIR BERSALIN....

jom tengokkk


Bayi Turun Ke Bawah
Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:
  • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan. <<< yang ni memang kerap terasa sekarang ni>>>
  • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing<<< yg ni pon mmg selalu>>>
  • sakit perut, memulas <<< belom lagi>>>
  • kerap buang air besar <<< tgk atas pemakanan laaa hehehe>>>
  • kerap terkentut <<< biase jer>>
Keluar Lendir Pekat/Berdarah
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu


..... lendir dah ader tp lom bercampur darah lagi...........

Rahim Mula Menipis.
Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Sakit Belakang

Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
...... memang selalu sakit belakang...lagi2 kalu masak sebab kena berdiri lame kan......... (alasan malas masak hehe)

Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.
....yg ni pon belommmm.....

cilok dari sini

2 ulasan:

  1. debar2 saya ni..
    menunggu entri baby... :))

    BalasPadam
  2. sy lagi la berdebar2 huhuuu...semalam pon dah start tak leh tidoo...asyik duk memulas2 jer perut nii

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers