Alhamdulillah..Permata Hati Ummi & Ayah

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Khamis, 19 Januari 2012

Tips Mudah Bersalin

 Assalamualaikum...

ni pulak nak share tip tuk mudah kan bersalin...Cilok dari belog Kak Engku ..oh set bersalin dan breastpump pun beli ngan kak engku ni jer hehee sonang xpayah nak kuor membeli hehee...

Persediaan menghadapi pelahiran tanpa komplikasi perlu bermula beberapa bulan sebelum tarikh jangkaan bersalin. Anda harus memperuntukkan masa untuk belajar apa yang perlu dijangka pada hari kejadian. Bagi mengelak tekanan yang tidak dijangka dan mengurangkan risiko komplikasi, ikut tip berikut:


Lakukan Urutan Perineal


Anda digalakkan untuk mula melakukan urutan perineal di antara bahagian dubur dan faraj sekitar minggu ke 34 kehamilan. Hal ini dapat dilakukan dengan menggunakan minyak zaitun namum elakkan penggunaan minyak bayi atau jeli petroleum. Langkah ini disyorkan kerana membantu anda mengurangkan risiko koyak ketika meneran.

Walau bagaimanapun, sebelum melakukan dapatkan nasihat daripada doktor yang merawat anda terlebih dahulu. Selain itu, pastikan jari anda benar-benar bersih sebelum melakukan rutin urutan.


Teman Yang Kuat Semangat

Suami yang bakal menemani anda di dalam bilik bersalin perlu kuat semangat agar dia dapat memberi semangat dan sokongan kepada anda ketika bertarung dengan kesakitan untuk melahirkan bayi. Walau bagaimanapun, ada juga di kalangan anda yang mahu ibu atau ahli keluarga menemani diri selain daripada suami. Jadi, ada baiknya anda tetapkan siapa yang bakal menenami anda di bilik bersalin nanti. Tidak salah jika menetapkan pilihan kedua jika tiba masanya nanti suami menghadapi masalah seperti takut darah, lemah semangat dan sebagainya.


Keadaan Selesa

Proses pelahiran berlangsung dengan lebih pantas apabila anda berada di dalam keadaan selesa. Namum, cetek pengetahuan dan mudah gopoh-gapah menjadikan proses pelahiran memakan masa yang panjang. Tambahan pula, sikap ini dapat menghindar anda daripada perlu menerima apa-apa jenis alat bantuan kelahiran seperti vakum dan forsep.

Jadi, cubalah bertenang sejak dari rumah lagi sebelum berangkat ke hospital. Apabila kontraksi menyerang selang 5 minit sekali, itu petanda anda perlu segera ke hospital pilihan kerana masa untuk melahirkan hampir tiba.


Pergunakan Graviti

Sentiasa bergerak dengan berjalan-jalan dapat membantu anda ketika proses pelahiran. Jangka masa proses pelahiran boleh menjadi pendek jika anda berdiri tegak. Keadaan ini membantu bayi masuk ke salur peranakan dengan betul. Oleh itu, anda disarankan untuk tidak hanya berbaring di atas katil tetapi berjalan-jalan di sekitar kawasan bilik bersalin sambil ditemani suami untuk memudahkan bayi turun dan mempercepatkan proses pelahiran.


Tidur Mencukupi

Lazimnya, di minggu-minggu akhir kehamilan, agak sukar untuk tidur. Hal ini mungkin berlaku kerana anda begitu teruja menanti saat berlakunya tanda awal bersalin. Biarpun begitu, anda dinasihatkan untuk memastikan jumlah jam tidur yang mencukupi. Hal ini penting untuk memastikan anda kekal bertenaga semasa melahirkan nanti.


Bertenang Dan Jangan Kerap Tertekan

Kelahiran songsang berlaku kepada kira-kira 3% wanita hamil. Keadaan ini biasanya memerlukan pembedahan caesarean dilakukan. Wanita yang mudah tertekan, takut dan bimbang ketika hamil meningkatkan risiko bahagian bawah rahim mengetat. Bagi mengelak atau membetulkan kedudukan bayi yang songsang , anda boleh mencuba kaedah pernafasan bio-energetic, hypnosis atau teknik bertenang yang betul serta banyakkan berdoa kepada Allah agar dipermudahkan segala urusan ketika pelahiran nanti.


Tarik Nafas Panjang

Bunyinya kedengaran ringkas namum sering tidak diperdulikan. Pengabaian amalan menarik nafas panjang boleh melambatkan proses pelahiran. Ini terjadi kerana tanpa melakukan rutin bernafas sedalam-dalamnya, anda menjadi kurang tenang. Ingat tentang apa yang telah dipelajari di dalam kelas antenatal dan beri perhatian terhadap cara anda bernafas.


Jangan Tahan Kencing

Sikap suka menahan kencing akibat terlalu khuatir bersalin di dalam bilik air sepatutnya disishkan. Sikap sebegini sebenarnya memanjangkan lagi tempoh masa proses pelahiran. Jika pundi kencing terasa penuh, jangan segan silu meminta bantuan suami atau jururawat untuk menemankan anda ke bilik air. Jadi sebarang kemungkinan yang tidak diingini dapat dielakkan malah anda akan sentiasa berada dalam keadaan yang selesa untuk menempuhi saat bersalin.


Rangsang Payu Dara

Amalan ini dipercayai dapat membantu oksitosin masuk ke dalam aliran darah sekaligus mencetuskan kontraksi. Hal ini dapat anda lakukan dengan menggunakan pam payu dara (pam susu) atau mengurut bahagian puting menggunakan tangan. Anda juga boleh melakukannya dengan membiarkan air pancuran menitis di atas payu dara sama seperti yang anda lakukan untuk merangsang pengaliran susu ibu sewaktu hamil.


Elakkan Paras Gula Jatuh

Pengekalan paras gula dalam darah penting sepanjang proses bersalin kerana ia membantu anda kekal bertenaga untuk meneran sekaligus memudahkan proses pelahiran. Untuk itu, hisap amaun kecil jus buah segar yang tinggi kandungan potassium seperti jus oren yang turut kaya dengan asid amino I-glutamine.


Ambil Elektrolit Dan Mineral

Bagi memudahkan proses kelahiran, anda perlukan lebih banyak elektrolit dan mineral yang terdapat di dalam beberapa jenis makanan dan minuman. Magnesium, potassium, sulfur, klorida dan sodium penting untuk mengelakkan sakit berpanjangan dan kelihatan semasa proses pelahiran berlangsung. Sumber ini boleh anda perolehi daripada daging segar, produk tenusu penuh lemak, sayuran, buahan, kekacang atau jus buah segar. Bagi menyimpan tenaga ketika berhadapan dengan kontraksi, anda disarankan mengambil elektrolit dalam bentuk serbuk mineral yang dicampur ke dalam air atau jus buahan sejurus selepas tanda awal bersalin berlaku.

xtau la time nak bersalin nanti leh amalkan ke tak tip-tip ni semua huhuuu...semoga segala dipermudahkan untuk aku dan baby...

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers