Alhamdulillah..Permata Hati Ummi & Ayah

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Isnin, 19 Disember 2011

Perkembangan bayi 35 minggu

Assalamualaikum....
Ditulis untuk BabyCenter Malaysia

cecair amnionuteruslemak
Berat bayi anda sekarang 5.25 paun / 2.4 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Anda mungkin dapat melihat siku, kaki atau kepalanya menonjol dari perut anda apabila dia mengeliat dan bergeliang-geliut. Tidak lama lagi, apabila dinding uterus dan abdomen anda meregang sampai menjadi nipis dan membenarkan lebih banyak cahaya masuk, bayi anda akan mula mengaturkan aktiviti-aktiviti hariannya secara berkitaran.

Minggu ini si manja kecil sudah menunjukkan kuku-kuku jari dan mempunyai sepasang buah pinggang yang terbentuk sempurna. Heparnya sudah boleh memproses beberapa keluaran buangan.


Cecair amnion semakin mengurang dan bayi lebih memenuhi ruang dalam uterus, yang telahpun berkembang seribu ganda saiz asalnya. Anda mungkin telah menambahkan berat badan anda antara 25 ke 30 paun / 11 ke 13.6 kilogram dan penambahan ini sampai memuncak pada minggu ini. Pusat anda pun sudah menjadi besar dan terbonjol keluar.( selalu duk belek pusat sendiri huhuu dah lain sangat rupe yerrr)

Anda mungkin terasa agak sesak nafas sebab bahagian atas uterus anda telah naik dan mencecah tulang rusuk anda.(memang slalu sesak nafas skrg ni...klu malam lagi laa berganda-ganda sesak yer nak tido pon xslesa..kadang rase nak tido sambil duduk jerrr)  

Cuba ambil posisi merangkak atas tangan dan lutut jika mahu menarik nafas dalam. Walaupun tekanan ke atas pundi kencing anda menyebabkan anda kerap ke bilik air, jangan kurangkan minum air - bayi anda memerlukan banyak cecair. Tapi adalah baik jika anda mengurangkan minuman berjenis diuretik seperti teh dan kopi, sebab ia akan membuat anda kencing dengan lebih kerap. ( baru beberapa minit lepas g tandas...kang kejap lagi bangun lagi nak g tandas huhuuuu..klu kat opis memang seksa laa tandas jauhh oooo)


Doktor anda mungkin mahu berjumpa dengan anda setiap minggu sekarang sehingga anda melahirkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers