Assalamualaikum...
Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang
menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta
tidak terjebak dengan gejala sosial.
Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu
bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial
seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak
akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu
bapa dan seumpamanya.
Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat
mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang
biasa dilakukan oleh perawat ialah membaca doa-doa tertentu pada air seperti
Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat
Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan
beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi
minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.
Salah satu ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi
anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum anak-anak ini
dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;
1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota
wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat
iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki
hingga buku lali.
2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut,
gunakan air minuman atau air mineral untuk mengambil wuduk.
3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi
di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk
mengambil wuduk.
4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan
membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan
berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk
membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.
5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya
membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala,
membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku
lali.
6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan
cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.
7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di
dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.
8. Beri minum air tersebut kepada Mandikan anak-anak yang
bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh
kepada kedua ibu-bapanya.
Pencegahan Awal
Daripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat,
lebih 90% ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila diperdengarkan
doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini. Doa tersebut
adalah seperti berikut;
Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan
jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.
Doa yang tersebut di atas adalah dipetik daripada hadis nabi
seperti berikut;
sumber dr fb
Tiada ulasan:
Catat Ulasan