Alhamdulillah..Permata Hati Ummi & Ayah

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Ahad, 17 Mac 2013

Jangkitan Cacing

Assalamualaikum

Copy dr SINI... tq yerr



Ok, mari baca info sangat berguna ni:

Masalah cacing berlaku pada semua peringkat usia tidak kira muda atau tua. Bagaimanapun, usia yang paling kerap dijangkiti cacing adalah antara enam hingga tujuh tahun dan usia yang paling kurang dijangkiti adalah di bawah setahun.

Cacing yang Popular di Malaysia
Cacing gelang (Ascaris Lumbricoides) – besar macam gelang… boleh masuk hati dan paru-paru..
Cacing kerawit (Necator Americanus) – ada gigi tajam tapi kita tak Nampak!… ia masuk melalui kaki.. kuat hisap darah
Cacing rambu atau cacing benang – selalu melekat di kawasan dubur, halus
Cacing pita – macam pita, pipih tapi panjang… susah nak dibunuh..

Tanda atau Gejala Jangkitan
Antara tanda-tanda anak-anak yang kecacingan ialah (bergantung kepada jenis cacing) :-

Keluar cacing daripada lubang najis, atau nampak cacing pada najis
Kegatalangan terutama di kawasan punggung, lebih pada waktu malam
Sakit perut, cirit-birit, lemah badan, kembung
Tiada selera makan, pucat, kurang berat badan walaupun selera makan ada
Batuk-batuk teruk yang berpanjangan, batuk berdarah, asthma (cacing di paru-paru)
Demam, ruam-ruam badan, alahan
Kaki gatal, sakit dan ruam pada kaki, bengkak kaki (untuk cacing kerawit)
Kesan Kecacingan
Mungkin ada ibu bapa yang beranggapan cacing adalah masalah kecil tetapi tanpa pencegahan dan amalan kebersihan, cacing boleh membawa maut jika terjadinya masalah usus tersumbat dan tidak dirawat dengan segera.

Selain itu, masalah cacing boleh menyebabkan anemia yang serius dan kegagalan jantung yang teruk jika tidak dirawat.

Selain itu, kanak-kanak yang mengalami masalah cacing juga kerap mengalami masalah tumbesaran, aktiviti fizikal yang kurang cerdas, kekurangan daya pemikiran dan mengalami masalah pembelajaran (Stephenson et al 1998).

Pencegahan dan Rawatan
Apa yang anda perlu buat :-
Jumpa doktor untuk mengambil ubat cacing
Semua ahli keluarga juga harus memakan ubat cacing ini termasuk ibu dan ayah{mosimage}
Potong kuku pendek
Basuh sayur-sayuran bersih, masak betul-betul terutama daging
Pakai kasut atau selipar ketika keluar rumah
Sekiranya ada haiwan peliharaan seperti kucing, periksa juga tapak kaki dan badan mereka
Amalkan membasuh tangan (anda dan anak anda), sebelum dan selepas makan.
Juga cuci tangan dengan sebersih-bersihnya selepas membuang air besar
Kerapkan membersih badan dan mencuci dubur untuk menghilangkan telur cacing yang ada

Pemberian Ubat Cacing
Jika ada tanda jangkitan, ubat cacing boleh diberi kepada semua peringkat usia. Namun, pemberian ubat untuk pencegahan seperti yang disarankan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2006 ialah selepas usia setahun kerana kanak-kanak pada usia ini lebih kerap dijangkiti.

"Ubat cacing boleh diberi setiap enam bulan untuk pencegahan, tetapi dalam kes lebih serius, ia perlu diberi setiap tiga bulan. Bagaimanapun, pemberian ubat cacing kepada kanak-kanak di bawah usia dua tahun perlu dirujuk kepada doktor terlebih dulu," katanya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
tgk..terpaksa ayah lapik kertas..sebab athilah nk join abg dan kakak sepupu dia main pasir..padahal baru baik demam tuu

athilah suka kutip menda2 kat lantai dan masukan kan dalam mulut...athilah juga suka main pasir sebab tu lah kot cepat jer kena jangkitan...

klu ikutkan memang dah buat appoinment kat kk tuk bagi athilah ubt cacing tp sebelum pegi kk athilah dah kena..so ummi cari kat farmasi jer lah ubt tu..malas nk g kk cuma ummi mntk pendapat mak sedara yang kerja nurse sebelom bg ubt tu...ummi pon byk search kat tenet...

semalam 16.03.2013  athilah selmat makan 5ml ubt cacing jenis Zental..harap2 lepas nih athilah sehat dan bebas cacing lah...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers