Alhamdulillah..Permata Hati Ummi & Ayah

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Selasa, 31 Mei 2011

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan

Assalamualaikum...

hari ni dah genap 3 tahun kawin..Alhamdulillah dipermudahkan lagi semua urusan..walaupon masih belom dikurniakan zuriat tapi kehidupan kami tetap bahagia..banyak mase untuk bersama-sama...dan kasih sayang masih boleh dicurahkan kepada anak-anak buah yang ramai..Alhamdulillah....

tiada sambutan istimewa kot tahun ni..kek pon rase yer tak perlu kot sebab memang takde selera langsung nak makan kek..walaupon pada awl yer nak try buat sendiri kek tapi dengan keadaan diri yang kurang  sihat ni so kita postpone jer la dulu..bahan semua dah beli tau huuuhuuu

pastu semalam pulak berlaku kejadian tak di ingini ngan cik kelisa kesanyangan..cik kelisa kena langgar lari tau mase makan pagi kat kedai semalam huhuu sabo je laa..sekarang cik kelisa buta sebelah mate sian dia..jadi keutamaan akan diberikan kepada cik kelisa dulu..tuan empunya diri takpela tak dapat ape2 pon redha kan aje huhuuuu...semalam sembang2 ngan hubby tanya dia, dia nak bagi hadiah ape tuk anniversary tahun ni..tau dia jawab ape? dia nak bagi lampu depan cik kelisa yang buta tu...adussss saboo je la lagii huhuuuu

papepon aku doakan hubungan kami akan sentiasa bahagia dan sentiasa dibawah rahmat Allah..dan semoga hadiah yang istimewa kami dapat tahun ni sihat dan sempurna tanpa sebarang masalah..Insyaallah amin amin...

2 ulasan:

  1. selamat ulang tahun perkahwinan...semoga kekal hingga ke syurga

    BalasPadam
  2. selamat ulangtahun pernikahan.....
    moga kekal bahagia sampai ke akhir hayat ya..
    amin

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...