Alhamdulillah..Permata Hati Ummi & Ayah

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Isnin, 21 Jun 2010

Wah berita gembira untuk semua rakyat Negeri Terengganu

CHUKAI: Sempena meraikan kejayaan kontinjen Terengganu mempertahankan kejuaraan Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-13, yang berakhir di Melaka kelmarin, kerajaan negeri mengumumkan cuti umum pada Ahad ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata cuti umum itu sebagai penghargaan kerajaan negeri terhadap sokongan semua pihak, termasuk atlit, kontinjen serta seluruh rakyat terhadap pembangunan sukan negeri itu.

“Sebagai menghargai seluruh rakyat Terengganu yang sentiasa menyokong pembangunan sukan, kerajaan negeri menetapkan cuti umum pada 27 Jun ini,” katanya selepas menyambut kepulangan kontinjen SUKMA Terengganu di sempadan Terengganu–Pahang, dekat Kampung Cendor, di sini, semalam.

Pada majlis itu, Ahmad bersama kontinjen menyertai perarakan membawa bersama piala juara SUKMA mengelilingi bandar ini ke Taman Bandar Chukai, sejauh lebih lima kilometer, sebelum berakhir di Padang Astaka.

Lebih 5,000 penduduk turut menyertai acara sambutan yang membawa konvoi 482 atlit itu sambil bersorak gembira dengan jeritan ‘Terengganu Nelang’ oleh atlit, jurulatih dan pengurus pasukan dan disahut orang awam.

Terengganu dinobatkan juara selepas berjaya meraih 47 pingat emas, 30 perak dan 43 gangsa. Pada kejohanan SUKMA ke-12 dua tahun lalu yang menyaksikan Terengganu sebagai tuan rumah, kontinjen negeri muncul juara dengan meraih 61 emas, 39 perak dan 47 gangsa.

Ahmad berkata, kejayaan Terengganu mengekalkan kejuaraan kali kedua berturut-turut dalam SUKMA jelas membuktikan bahawa negeri ini bakal muncul sebagai satu kuasa baru dalam industri sukan dan mampu memberi cabaran sengit kepada kontinjen negeri lain di negara ini.
“Kejayaan ini juga membuktikan bahawa kemenangan di Terengganu dulu bukanlah sekadar jaguh kampung, kerana jelas kita juga mampu menghasilkan kejayaan dalam temasya SUKMA di gelanggang lain,” katany

* wah syokk yerrr cotiiiiiiiiiiiiiiiiiii cayalah ganuuu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers