Alhamdulillah..Permata Hati Ummi & Ayah

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Rabu, 21 Mei 2014

Remedi Untuk Demam Batuk Dan Selsema

Assalamualaikum...

cuaca sekarang yang tak menentu kejap panas,kejap hujan menyebabkan kita mudah terjangkit dengan penyakit tiga serangkai ni kan...lagi plk start bulan 4 aritu Athilah mula duk taska dan memang cepat jer kena penyakit2 mcm tajuk  kat atas tu..

dan disebabkan Athilah jenis yang sangat2 susah nak telan ubat klinik dan ummi pon xpernah nak pakse2 dia makan ubat tu jd ummi terpaksa cari rawatan alternatif..sekarang ni alhamdulillah athilah serasi ngan ubat2 hemopati dan kat ganu ni ummi biase yer bawak athilah ke klinik dekat serada tak pon kg buloh... disebabkan hemopati ni tindak balas yer lambat tak macam ubat klinik jd ummi cari lagi rawatan secara alami plk untuk gabungkan supaya cepat sikit tindak balas ni...

biasenye untuk cari pasal  rawatan alami ni ummi join group kat FB dan group tu sangat membantu ummi.

untuk batuk dan selsema
ummi sediakan minyak baawang putih, memang buat banyak2 jd kadang2 lepas mandi sapu jer kat dada tapak kaki belakang badan..(gambar xde la plk) pastu kadang2 ummi buat double shock letak bawang putih dalam stoking tu...kalau nak tau lanjut google la k..xreti nak terangkan heheee

untuk demam panas plk
biase kalau suhu panas malam ummi sedia kan stoking yang direndam dalam cuka epal/cuka kurma.. kat rumah ader cuka kurma jer so ummi guna cuka kurma...pkaikan pada kaki time tido malam..kalau suhu panas sangat memang kejap jer kering stoking tu... ulang2 sampai pagi baju ngan seluar memang xbg pakai la...cuma pakai pampers jer..ohh bagi jugak air kelapa muda...ummi biase yer cari remedi yang mudah jer tgk keserasian laaa

kalau athilah senang sebab ia dah besar kan so kalau batuk ke selsema ke ummi just bagi madu pagi evoo jus delima tengak pada keadaan dia dia demam panas dalam/sejuk dalam..yang tu kena tengok hingus dia laaa...tu pon kalau nak tau lanjut korang google k...

baru2 ni athilah ader tanda2 cacing plk..dah bg ubat hemopati dan cuba cara alami tp mungkin kesan lambat dan ummi kesian sgt kat athilah so ummi bg ubat cacing jenama zental..alhamdulillah ok..

ummi bukan la menolak terus rawatan moden tapi cuba ikhtiar cara alami dulu..kalau dan tak berjaya pakse jugak la dia makan ubat2 moden tu

budak ni pon demam lepas berjangkit ngan kakak dia..huhuu sian... kain tu direndam dalam air campuran cuka kurma





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...