Alhamdulillah..Permata Hati Ummi & Ayah

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Rabu, 20 Jun 2012

Sharing is caring

Assalamualaikum

Buaian untuk baby

tp athilah tido buai siang...harap2 selamat laaa


Buai? Kenapa ibu suka pasangan buaian untuk baby? Enjut enjut baby supaya baby tido. Kenapa? Entah, I tak ada baby I pun tak pasti. Mungkin mitos dedulu kata, kalau enjut-enjut, baby senang tidur. Cuba kita bayangkan kalau kita tengah tidur, orang enjut-enjut katil kita, main lompat-lompat atas katil spring kita.. terasa nak terajang tak?
Baby kalau boleh terajang, dia dah bangun terus buat smack down sekali. Jangan sesekali kita buai kan baby, especially yang baru-baru lahir merah merah lagi kulitnya. Salur darah dekat baby masih halus, kecil dan mudah rapuh. Dengan buaian akan buat salur darah mudah pecah, menjadi lebih bahaya, salur darah di bahagian otak pecah. Maka terjadi pendarahan otak.
Kita tak tahu bila salur darah baby boleh pecah. Alih-alih baby kejang (fitting) berulang. Lalu tidak sedarkan diri.
Hwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!
Eh aku pulak yang nangis.
Ubat batuk untuk kanak-kanak
Ingat ya, tiada istilah ubat batuk untuk kanak-kanak. Tidak perlu bagi ubat batuk warna hitam dalam simpanan korang terutama sekali baby kecil yang batuk-batuk uhuk uhuk. Haip, siapa ajar bagi ubat batuk? Fungsi ubat batuk adalah supaya dapat mencairkan kahak kita dan memudahkan kita membuang kahak sekaligus membuang kuman. Tetapi budak-budak mana reti buang kahak? Buat apa bagi?
Dan paling menyeramkan, ubat batuk mengantukkan dan mengkhayalkan. Jika kita hayal, itu tidak mengapa. Tetapi jika baby kita hayal, itu bahaya. Baby hayal atau tidak bernafas sama sekali? Itu susah kita nak bezakan dikemudian hari.
Kejut-kejut tak bangun.
Oh.. baby mengantuk, tadi kan bagi ubat batuk.
Kejut lagi.. tak bangun juga.
Hentak hentak pun tak bangun juga.
Tak bangun juga.
Tak bangun juga.
Sampai bila-bila pun tak bangun.
:’(
Kesimpulannya, perawatan kanak-kanak dan orang dewasa sangat berlainan. Jangan jadi doctor sendiri di rumah. (Tapi kalau memang anda title doctor, tak apalah) Anak sakit, kurang pasti, bawa langsung ke klinik berhampiran!
Cara-cara bancuh susu baby
Eh I bukan nak buat rancangan masak-memasak, cara-cara membuat susu paling sedap untuk baby atau sebagainya. I cuma nak tegur kesalahan para ibu yang kadang-kadang kita tidak rasa itu salah, tapi sebenarnya salah. Selepas membancuh susu, cemana korang goncang?
Iya, mostly para ibu akan gunakan jari telunjuk, tutup puting susu, kocok-kocok-kocok-kocok ( sambil nyanyi ku tak mahu cintaku dikocok-kocok ahhhhh -Inul version), kemudian hulurkan pada baby. Lalu baby pun minum susu, sroooottt- sroooooot -srooooot
Sedapnya mummy buat cucu cayaaa…
Kata baby tersebut.
Beberapa jam selepas itu, baby didapati cirit birit, muntah muntah beberapa kali.
Ceh tiba-tiba macam sketsa pula. Kenapa cirit birit? Sebab jari telunjuk yang ditutup untuk dibuat kocok-kocok itu sebenarnya KOTOR. Banyak kuman lompat-lompat. Lupa ke sebelum tutup puting susu tu engkau orang ada kurek muntot sket sebab gatal? Heh. example je tu.

Jadi apa gunanya penutup botol yang korang dah cuci dan rendam dalam air panas lama-lama untuk buang kuman kalau tak digunakan? Tutup dulu botol susu itu, baru lah kita kocok-kocok sepuas hati.
Part 1 ni I bagi 3 example benda yang rutin para ibu lakukan, kadang-kadang kita tak perasan perbuatan itu sebenarnya membahayakan anak kita sendiri. Nanti kalau ada terlintas lagi, I tulis part two, three, dan seterusnya.
Mohon share this post. Thankyou.
Thanks for reading.
Cium sikit.
:*
sumber dr dr totin yg comelsss

2 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...