Alhamdulillah..Permata Hati Ummi & Ayah

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Isnin, 31 Januari 2011

Fakta Menarik....jom bace

Assalamualaikum..

sedang syok jalan-jalan kat belog orang tetiba tersinggah satu belog NI..aku rase fakta yang dia kongsikan sangat menarik so aku mintak izin untuk kongsikan kat belog aku ni pulak.. jomm layannn
Januari tahun 2011 ini sangat istimewa. Mungkin ramai yang tidak perasan kan, januari kali ini kita ada 5 kali hari sabtu dan 5 kali hari ahad. Dan kejadian ini cuma berlaku setiap 823 tahun. Wow hebatkan!!

Tapi ada lagi yang lebih hebat yang ramai tidak perasan. Apakah dia?
Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah, dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.' Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah penduduknya seramai 180 juta.
Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini.


Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia. Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam. Belum pun laungan Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dilaungkan di Jakarta, tiba giliran Dacca di Bangladesh. Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.
Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan. Belum berakhir di Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.

Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa ini, Azan akan berterusan dilaungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman, Kuwait dan Iraq. Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik. Jarak masa Azan mula dilaungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik adalah 9-1/2 jam.

Belum pun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dilaungkan di Indonesia. Ini berterusan bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!


Psstt: Korang perasan tak?Azan subuh di kebanyakan tempat dilaungkan sebanyak 2 kali?

Azan Subuh diamalkan semasa zaman Rasullullah s.a.w. dikumandangkan dua kali seperti yang dilakukan di Masjidil Haram — pertama selepas berlalunya separuh malam untuk memberitahu muslimin bahawa waktu Subuh sudah hampir dan waktu itulah mereka digalakkan bersembahyang sunat tahajjud dan sebagainya atau bersahur untuk berpuasa. Azan kedua diperdengar ketika masuk waktu Subuh dengan tambahan lafaz “as-salatu khayrun min an-naum (solat itu lebih baik daripada tidur)

menarik kan??... kredit tuk Kak Natasha kite ni..byk luahan hati dan perkongsian yang best tuk korang kat sini..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers