Alhamdulillah..Permata Hati Ummi & Ayah

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Jumaat, 12 November 2010

Selawat Ke Atas Nabi SAW

salam

renungan di hari Jumaat..
same-same kita mendapat keberkatan


Daripada Ibnu Mas'ud r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah orang yang terbanyak bacaan salawatnya padaku," yakni lebih diutamakan oleh beliau s.a.w. untuk dapat memperoleh syafaatnya dan dapat kedudukan yang terdekat dengannya.
(Diriwayatkanoleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan).


Bukan Nabi Muhammad SAW saja yang suruh kita berselawat untuknya. Allah SWT pun menyuruh kita berbuat demikian dalam ayat QuranNya yang berikut:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيماً

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
(Surah Al-Ahzaab, Ayat 56)


Di hadith yang berikut pula disebutkan bahawa sekiranya kita berselawat kepada Nabi SAW sekali, Allah SWT akan berselawat kepada kita 10 kali:

Daripada Abu Huraira r.a., Nabi SAW bersabda, "Orang yang berselawat ke atas aku sekali, Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali." (Riwayat Muslim)

Daripada Ali bin Abu Talib r.a., Nabi SAW bersabda, "Orang yang bakhil adalah orang yang mendengar namaku disebut tetapi tidak berselawat ke atasku." (Riwayat al-Tirmizi)


Janganlah menjadi bakhil dan tak rugilah kita sekiranya kita selalu berselawat ke atas Nabi SAW, samada pada masa itu nama baginda SAW di sebut atau tidak.

Wallahu'alam




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers