Alhamdulillah..Permata Hati Ummi & Ayah

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Isnin, 11 Oktober 2010

Fakta Ovarian Cyst


salam 

nak kongsi ape yang aku jumpe ni..mungkin tanpakita sedar cyst ni berlaku pada kita, sebab tiada tanda-tanda ketara tentang kewujudanya.. dan aku salah sorang yang baru mengetahui tentang cyst ini selepas aku disahkan oleh doktor cyst ni ader di ovari sebelah kira semasa aku membuat ultrasound kehamilan.. cyst yang aku hidapi sebesar 5cm kalau tidak silap aku laa..dan semoga kalian doakan baby aku selamat dan cyst ni leh hilang dengan sendiri nya tanpa aku perlu lakukan pembedahan k..

FAKTA MENGENAI CYST :

1.     Ovarian cyst adalah poket yang mengandungi cecair yang terbentuk didalam ovari.
 
2.     Terdapat pelbagai  jenis ovarian cyst dan kebanyakkan daripada ovarian cyst adalah bukan kanser seperti mana yang ditakutkan.

3.     Umur , kesuburan, dan haid memainkan peranan besar dalam menentukan jenis Ovarian cyst.

4.     Bagi mereka yang berusia 60 keatas, ia lebih berkait dengan kanser.

5.     Bagi mereka yang muda, mengalami senggugut dan masalah kesuburan kemungkinan besar ia endometriotic cyst.

6.     Cyst yang dijumpai semasa hamil lebih dikaitkan dengan Dermoid Cyst atau Corpus Luteal Cyst.

7.     Corpus luteal cyst selalunya akan hilang dengan sendiri selepas 12 minggu kehamilan.

8.     Dermoid cyst selalunya akan membesar secara beransur- ansur dan boleh wujud di kedua dua belah ovari. 

9.    Dermoid Cyst selalunya mengandungi lemak, gigi dan rambut didalamnya. (ini yang aku alami)

10.   Endometriotic cyst mengandungi darah yang berupa seperti coklat cair didalamnya.
 
11.   Corpus luteal cyst pula mengandungi cecair didalamnya.

12.   Diagnosa Ovarian cyst dengan senang dapat dibuat melalui ujian ultrasounds.

13.   Risiko ovarian cyst termasuklah terpusing atau twisted yang menyebabkan kesakitan , pendarahan dalam cyst, jangkitan kuman dan pecah.

14.   Pembedahan pilihan ovarian cyst adalah mengunakan pembedahan Laparoscopy.( ini mungkin pembedahan yang aku perlu lakukan)

15.   Kebaikkan pembedahan laparoscopy termasuk kurang kesakitan selepas pembedahan, parut yang kecil, tempoh pemulihan yang cepat.

16.   Risiko Komplikasi terhadap laparoscopy termasuklah luka pada usus, salur darah ,pundi kencing, jangkitan kuman dan hernia walaubagaimanapun, kajian menunjukkan risiko adalah lebih kurang berbanding dengan kaedah ‘Laparotomy’.

17.   Risiko untuk endometriotic cyst tumbuh semula  adalah 10% dalam masa setahun dan 40% dalam masa 5 tahun


 contoh cyst berukuran 7cm ( aku punya 5cm tapi tetap perlu buang untuk mengelakan cyst ni terbalik dan meyebabkan kesakitan yang amat sangat)

kalau inginkan lebih info sila jengah ke SINI

5 ulasan:

  1. Semoga semuanya selamat.. akak pun baru dapat tahu ada cyst masa 8 minggu kehamilan... nie anak ke lima.. ke empat gugur.. apa-apapun.. sama-sama kita berdoa moga bayi dan kita selamat amin..

    BalasPadam
  2. salam.. thanxx info.. mintak izin nak share kat blog boley x??

    BalasPadam
  3. salam...
    silakan laaa..sy pon copy dr internet jugak...

    BalasPadam
  4. assalamualaikum....

    nak tanya perkembangn seterusnya ttg cyst pn sufiza.... kena operate ke ?....

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumusalam
      maaf hanisah sy baru perasan komen nih..
      lepas sy cek aritu terus sy xbuat ape2
      sehingga lah saya mengandungkn athilah
      bila scan baby sy mntk doktor tuk scan skali cyst ni dan yang ajaib yer cyst ni dah xde sampai sekarang..alhamdulillah..

      jd sy buat kesimpulan bukan cyst yg kami nmpk mase scan tp gangguan2 yg kita xnmpk sy ader cita rawatan2 care islam dlm entry sebelom ni..waallahua'lam..

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...