Alhamdulillah..Permata Hati Ummi & Ayah

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Khamis, 5 Ogos 2010

Petua Langsing Part I

salam
terasa nak share pasal petua langsing ni..petua ni aku pon google tp lupa dah dr mane sumber tu klu korang tau nnt korang bagitau aku k, nanti leh aku letakkan link tu kat sini
(hehee takut ader yg marah je nanti)

CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN

1. Jangan Berlapar

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi
(yang ni aku sokong, klu aku lupa ambik bfast mmg tgh ari tu aku akan makan banyak2)

2. Ambil Sesuatu Yang Pahit Sebelum Makan

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.
(tak pernah buat huhuuu)

3. Minum 8 Gelas Air Sehari

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.
(yang ni memang aku amalkan, sejak aku amalkan minum air ni aku rase lebih shat)

4. Elakkan Minuman Bergas

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.
(tak suka minum)

5. Kurangkan Pengambilan Garam

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.
(kurang masin tak sedap plk kan)

6. Bersaraoan Pagi

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.
(memah tak boleh skip ni)

7. Makan Secara Perlahan

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.
(tak reti la nak makan ayu-ayu ni huhuuu)

8. Kunyah Makanan Sehingga Hancur/Kecil

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula- gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers