Alhamdulillah..Permata Hati Ummi & Ayah

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Ahad, 3 Januari 2010

Bukit Gambang Waterpark

 * peringatan cerita tunggang langgang kalau taknak sakit kepala abai kan cite ni

salam, ok ni nak cite pasal famili aku g ke gambang waterpark tapi cite ni dah lama cuma aku baru je sedut gambo dari akak ipar aku, aku g ke waterpark ni pada 271209 yang lalu, hehee cite basi, kira halal kan je la ehh yang penting ada update kat blog aku ni.

kitorang bertolak dari umah ke gambang lebih kurang kul 8 pagi, sepatut yer nak kuor awl lagi tapi tunggu akak aku yang duk marang tu sampai tu yang terlajak sampai kul 8 lebih. dari umah aku 1 van dan 2 kete termasuk la si comel aku, sebab van penuh kete abang aku pon penuh jadi nak jalan jauh takkan la nak bersesak2 mmg sakit pinggang la jawab nyer. abang aku yang sorang lagi dh tunggu kitorang kat kerteh kot lupa nama tempat tu, so dari situ 3 biji kete dan 1 van la kan.

dalam perjalanan mmg lancar je la jalan pon xla jem sangat, tapi yang buat aku sakit kepala bila sampai je simpang nak g ke gambang waterpark, mak aiiii kete bersusun dari luar ko, (gambo xde sbb aku pemandu berhemah kan hehee), kalau ikut kepala aku mmg aku nak balik je pening den tapi bila fikir anak2 buah aku semua dh excited sgt so tak sampai hati la nak hampa kan diorgkan.

pastu dah sampai semua dh dapat parking, memang terkejut beruk la kitorang, ramai yang amat manusia, aku ingatkan pegi last2 cuti sekolah ni takde orang  kat sane tapi memang tak la, semua ambik kesempatan time ni nak berjalan kan. pulak tu kuantan cuti 3 ari. ada la 2 3 bauah syarikat yang buat famili day kat sane sebab tu  keadaan jadi kelam kabut .nak naik kenderaan yang diorang sediakan pon kena beratur panjang yang amat, kena bayo rm1 sorang, kami pilih tuk jalan kaki je sebab kalau beratur menda alah tu kul wape lak leh masuk kat waterpark tu kan, tu la muka masing2 dh teruja nak main air.

time nak beli tiket semua dah buat muka, sebab terlalu lalu ramai manusia tak tau dah nak celah kat mane, harga tiket dia pulak tuk dewasa rm20 dan kanak2 yang ketinggian melebihi 90cm rm14 macam tu la lebih kurang.  kitorang kena tuk tiket saja rm500 lebih pastu kira org waterpark ni pandai tak dibenarkan bawak makanan ke dalam atas alasan yang tak diketahui(paham2 sendiri la kan.harga makanan kt dlm tu mahal nak mampus).

haaaaa tu la serba sedikit perjalanan aku kesana hehehee dah ada ala2 karangan bahasa melayu dh aku tengok, tapi tunggang langgang msti cg yang nak semak karangan ni sakit kepala kan.

so layankan je la gambar yang tak banyak ni sebab aku tak sempat nak bergambo terlalu syok main air.


gambar ni aku ambik dari website dia kalau nak tau lebih lanjut
korang tanya kat en google la eh


ni separuh je dari famili aku, yang lelaki2 macho semua duk lepak kat lain
muka bosan sebab lame sgt tunggu abg aku pegi beli tiket



time ni aku tukang ambik gambo


ni budak debab iman, time nak mandikan dia bukan main susah lg
tp datang sini letak dlm air siap xnak naik hehee konfius cek


xtau nak tulis ape dah

gambo aku kurang sebab aku main semua permainan yang ado hehehe syok oooo rugi la bayar mahal2 tapi tak main semua kan. ermm mungkin lain kali kitorg datang lagi sini sebab tak puas main air hehee

* aku tengah tunggu gambo dari kamera ank buah aku yang tudung ijo tu,, za cepat ckt su dh lame menanti ni hehehe... nanti dah dapat gambo aku update lagi pasal ni k





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers