Alhamdulillah..Permata Hati Ummi & Ayah

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Rabu, 16 Disember 2009

Pelajar tingkatan dua hamil

Oleh Zaid Salim
am@hmetro.com. my

KUALA TERENGGANU: Akibat termakan pujukan lelaki dikenali untuk melakukan hubungan seks, seorang pelajar berusia 14 tahun bakal menjadi ibu pada usia muda selepas keterlanjurannya itu menyebabkan dia kini sarat hamil. 

Tindakannya menyembunyikan tragedi hitam yang berlaku Mei lalu itu daripada pengetahuan keluarga menyebabkan mangsa yang masih belajar dalam tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di bandar ini terpaksa ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut selepas doktor Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini mengesahkan kandungannya memasuki lapan bulan. 

Kejadian menimpa gadis malang itu bermula sejurus dia menerima SMS daripada seorang lelaki dikenalinya setahun lalu ketika berada di rumahnya di sebuah kampung di pinggir bandar ini, kira-kira jam 9 malam.

Ketika menghantar SMS berkenaan, suspek dari Kampung Belukar Jambu, Chendering di sini, memberi alasan konon ketika itu dia berada di rumah datuk gadis terbabit yang tinggal berjiran dengan rumah keluarganya dan meminta mangsa ke rumah berkenaan untuk berbual.

Sebaik menerima SMS itu, mangsa yang tinggal bersama keluarga dan tidak menduga niat jahat lelaki terbabit kemudian keluar bersendirian ke rumah datuknya kira-kira jam 10.15 malam.

Ketika tiba di rumah berkenaan, datuk dan neneknya sudah tidur dan mangsa bersembang dengan suspek yang juga rakan kepada abangnya di anjung rumah terbabit.

Berikutan persekitaran rumah ketika itu sunyi, suspek berusia 19 tahun dan bekerja sebagai juruteknik bagaikan dirasuk iblis apabila secara tiba-tiba mendekati mangsa sebelum mengambil kesempatan meraba gadis berkenaan.

Bagaimanapun, cubaan lelaki terbabit menjinakkan mangsa dengan sentuhan itu gagal apabila mangsa terkejut dengan tindakan suspek yang dianggapnya abang menepis tangan remaja lelaki berkenaan.

Sumber polis berkata, tindakan mangsa menghalang kemahuan suspek menyebabkan keinginan lelaki terbabit mengadakan hubungan seks semakin membuak sebelum bertindak memujuk gadis berkenaan.

Katanya, pujukan suspek membuatkan mangsa cair sebelum mahkota gadisnya diragut. 

Menurutnya, mangsa mendakwa sebaik memuaskan nafsu syahwatnya, suspek memohon maaf atas perlakuannya dan meminta gadis terbabit merahsiakan perbuatan terkutuk itu daripada keluarga.

Katanya, selepas sebulan peristiwa hitam itu berlaku, mangsa mula dihantui perasaan cemas dan bimbang mendapati tidak datang haid dan mengesyaki hamil sebelum memaklumkan perkara itu kepada suspek dengan harapan lelaki terbabit bertanggungjawab atas perbuatannya.

“Disebabkan bimbang dimarahi keluarga, mangsa nekad merahsiakan perkara itu hingga kandungannya memasuki lapan bulan,” katanya.

Menurutnya, tertekan dengan kandungan yang semakin membesar, mangsa yang buntu dengan keadaan itu membuat penyelesaian sendiri dengan melaporkan kejadian itu di Balai Polis Kuala Terengganu, kira-kira jam 6.15 petang, Khamis lalu.

“Mangsa dibawa ke HSNZ untuk pemeriksaan lanjut dan doktor yang menjalankan pemeriksaan mengesahkan mangsa hamil lapan bulan dan kini ditempatkan di wad HSNZ kerana memerlukan pemeriksaan lanjut pakar kanak-kanak,” katanya.

Sumber itu berkata, susulan laporan itu, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kemudian ke rumah suspek dan menahan seorang lelaki berusia 19 tahun di rumah berkenaan, kira-kira jam 3.45 pagi, Jumaat lalu.

Suspek kini ditahan di lokap IPD Kuala Terengganu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan rogol.

ape nak jadi la dunia skarang..terlalu mudah terpedaya dan terlalu mudah mempercayaii..akhir nya diri sendiri yang merana..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers