Alhamdulillah..Permata Hati Ummi & Ayah

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Khamis, 3 September 2009

Sekadar renungan

Assalamualaikum..

teringat  pada kata-kata seorang sahabat:

"Jadikanlah ALLAH seolah-olah teman yang sentiasa berada di sisimu dari mula kau celikkan mata sehingga kau tutupkan matamu kala dinihari
Setiap ketika kau berkata-kata kepadaNYA seolah-olah DIA teman yang tak pernah meninggalkanmu walau seketikaJanganlah kau risau DIA akan mencemuhmu atau memalingkan wajahNYA daripadamu Kerana sesungguhnya DIA sangat cinta kepada kita yang sentiasa mengadu dan sentiasa mengingatiNYA"


Apabila kita didampingi teman, kita sering sahaja berbicara akan segala apa yang terlintas difikiran dan kadang-kala sehingga tidak tertapis. Kenapa tidak kita gunakan cara yang sama, berbicara dengan ALLAH yang sentiasa tahu gerak hati kita?? ...

Jika pun anda tidak biasa, mulailah ia saat ini juga (jangan bertangguh-tangguh)....

  • Sedihkanlah hatimu sekiranya kau terlupa mahupun terleka daripada berbicara denganNYA.
  • Janganlah kau sangka, perbicaraanmu denganNYA hanyalah di tikar sembahyang mahupun di masjid semata. Tetapi lakukanlah di mana jua kau berada. Bukankah bumi ini dan alam jagat adalah milik ALLAH seluruhnya.
  • Lakukanlah saban hari walaupun adakalanya hatimu terasa lelah dan menyesakkan
Kerana suatu hari nanti, pasti kau akan rasa manisnya dan hangatnya keintimanmu denganNYA.



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers