Alhamdulillah..Permata Hati Ummi & Ayah

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Khamis, 13 Ogos 2009

Kelebihan Sedekah

Assalamualaikum...

Abu Laith As-Samarqandhy berkata; 10 kebaikan terkandung di dalam sodaqah. 5 di dunia dan 5 kebaikan di Akhirat. 

Lima Faedah yang diperolehi di dunia ialah;

1. Membersihkan harta.
2. Membersihkan dosa-dosa yang diperbuat oleh seseorang.
3. Menolak beranika bala dan penyakit.
4. Mengembirakan hati golongan fuqara dan Masaakin.
5. Mendatangkan barokah dan melapangkan rezki.

Lima kebaikan di akhirat ialah;

1. Mendapat naungan aryash Allah di akhirat.
2. Meringankan hisabnya.
3. Menambah berat timbangan amal kebajikan.
4. Memudahkannya menyeberangi titian.
5. Meningkatkan darjatnya di Syurga.

Demikian kelebihan dan kebaikan bersedekah. Kerana setiap apa yang kita infaq di dunia ini atas sifatnya sebagai kebaikan agama maka ianya adalah kebajikan dan pahala. Saat di dunia tentunya kita agak kurang berhajat kepada pahala.Namun apabila berkelananya seorang hamba di akhirat, saat tiada lagi teman dan taulan serta sanak saudaraa, tiada lagi pangkat dan harta serta kemegahan dunia. Maka saat itu sangatlah kerdil rasanya diri yang tidak membawa bekalan akhirat yang cukup. Tersisih jauh ia dari hamba-hamba Allah yang di dunia dahulu sentiasa mendahulukan kebajikannya ke akhirat. Sesungguhnya yang di makan dan dipakai semuanya binasa, kecuali apa yang dibelanjakannya di jalan Allah swt.

Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers