Alhamdulillah..Permata Hati Ummi & Ayah

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Isnin, 3 Ogos 2009

Pantun Sindiran Hehehee

Assalamualaikum...

Baju Nipis Nampak Bayang,

Peha Gebu Saja Ditayang,

Lebih Baik Tak Pakai Baju Senang.

Dah Tentu Bole Tunjuk Terang Terang



Baju Ketat Seluar Pulak Sendat

Pakai Tudung Pula Just Ikat Ikat

Dari Mula Memang Sangat Bukan Adat

Disudut Agamapun Gaya Tak Berkat



Tudung Jarang Baju Nipis,

Pakai Sikit Bole Nampak "Garis',

Mata Orang Terbeliak,Kita Membengis,

Bila Kena Kutuk,Kenapa Menangis?



Lengan Pendek,Blaus Gantung,

Jeans Ketat Melekat Dipunggung,

Jadi Orang Islam Ni Sebenarnya Beruntung,

Agama Tak Penah Suruh Berbungkus Macam Pocong



Apa Rasanya,Kepala Bertudung,Kain Terbelah?

Kalau Takat Rambut Orang Kurang Ghairah,

Lain Kalau Peha Gebu,Atau Ternampak Lurah,

Mata Yang Memandang Bole Keluar Darah

Kebaya Ketat,Kain Terbelah,

Ikat Tudung Pula Macam Tak Sudah,

Nak Ikut Suruhan Agama Memang Tak Mudah,

Tapi Islam Itu Sebenarnya Terlalu Indah.



Tutup Aurat Bukan Suruh Berselubung,

Sampai Tak Nampak Muka Dan Hidung,

Yang Faham Tuntutan Agama Amat Beruntung,

Tak Lah Bersungut,Mulut Pun Muncung.



Dah Kalau Mula Minat Nak Bertudung,

Cubalah Sesuaikan Apa Yang Disarung,

Kalau Masih Rasa Jiwa Tu "Mendung",

Makna Nya Nafsu Tu Belum Dapat Dibendung.



Bertudung Itu Bukan Satu Paksaan,

Ianya Lebih Kepada Keinsafan,

Selalunya Nafsu Masih Dikuasai Hasutan Syaitan,

Itulah Pasal Trend Fesyen Yang Bukan Bukan.

Asal Menutup Aurat Itu Tuntutan,

Kalau Dianggap Susah,Tu Sebab Bosan,

Yang Ye Nya Hati Sangat Tak Berkenan,

Tu Lah Yang Berjela Jela Mencipta Alasan.



Menutup Aurat Satu Syariat,

Kepada Agama Kita Taat,

Hidup Berkat,Pahala Berlipat Lipat,

Didunia Kita Selamat,Akhirat Nanti Hebat.


*nilaikan diri kita , kenapa kita menutup aurat? fesyen atau memang tuntutan agama? jd pilihan di tngan kita.. kita yang pilih jln ke syurga atau neraka.. jalan yang baik atau jalan yang buruk.. renung-renungkan dan selamat beramal (^ - ~)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers