Alhamdulillah..Permata Hati Ummi & Ayah

Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie Kids Birthday tickers Lilypie First Birthday tickers

Khamis, 30 Julai 2009

30 Julai 2009

Assalamualaikum...

Aku tak tau macam mane nak mula, hari ni genap la empat bulan ayah meninggalkan aku sekeluarga. Pada awal nya memang tidak terasa kehilangan ayah mungkin sebab ayah dah lama menanggung sakit dan kami redha ngan pemergianya. Tapi entah kenapa sejak akhir-akhir ini aku betul-betul merasai kehilangan ayah. Apa yang membuat kan aku mengingati arwah kerana sewaktu hanyat arwah, arwah begitu gemarkan buah durian dan arwah suka tanam biji durian kalau dia rasa durian tu sedap dan bermutu, pokok durian yang arwah tanam sudah berbuah dan buah tu memang best, tiap kali kami makan buah tu pasti kami akan teringat kan arwah, pasti arwah bangga dan teruja T____T dengan hasil dari pokok tu.

sekarang tinggal xsampai 2 bulan lagi akan sambut ramadhan, macam mane aku nak lalui tanpa arwah. Kebiasaan nya tiap kali ramadhan arwah la orang paling teruja untuk menyambutnya. Paling aku suka time bersahur sebab aku suka bangun lambat tuk sahur arwah akan mula membebel bukan kerana benci tapi kerana sayang bimbang anak bongsu dia ni xsempat nak makan sahur dan keesokan hari nya merengek sebab letih. Tahun ni sapa akan membebel kat aku kejut sahur ermm syahdunya. Walaupon aku ni dah besar panjang dan dah kawin tapi aku suka kalau time sahur arwah yang kejutkan tapi tahun ni............

betul la kata orang mase seseorang tu masih ada kita xtau nak menghargai nya tapi bila mereka sudah tiada barulah kita menyesal kerana tak menghargai mereka. Walau apa pun aku akan sentiasa berdoa semoga arwah ayah di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama orang-orang beriman. tapi aku bersyukur kerana dia akhir hayat nye aku ada bersama arwah, alhamdulillah mungkin berkat doa kepada Allah.

* pada anda semua hargai ibu bapa anda, jangan bila mereka sudah tiada baru kita akan menyesal kerana tidak menghargai dan membalas jasa mereka pada kita. jasa dan pengorbanan meraka tidak ternilai. aku harap aku dapat membahagiakan mak selagi hanyat nya masih ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers